Cabaran Ibu Menyusu Bayi Dengan Susu Badan


Assalamualaikum wbt.

Menyusu susu ibu bagi ibu yang berkerjaya amat mencabar. Saya antara salah seorang ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada bayi baru lahir sehingga berusi 6 bulan amat penting.



KENAPA?

Susu iu lebih baik berbanding makanan lain. Malah Islam menggalakkan ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka sehigga usia 2 tahun.

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap dan dihadam oleh sistem pencernaan bayi,  selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.

Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi. Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.

Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan memberi kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.

 Kalau dari awal kita dah niat, insyaAllah akan dipermudahkan.

Salam Ukhwah, Azilah Roslan


No comments:

Post a Comment