Jangan Pandang Remeh, Buasir Masalah Kepada Ibu Berpantang

Assalamualaikum wbt. 

saya dapat beberapa panggilan dan sms daripada ibu yang baru lepas melahirkan anak bertanya tentang masalah yang mereka hadapi selepas bersalin. Apakah masalah yang biasa dialami oleh ibu lepas bersalin, masalah yang berkait dengan ibu bukan bayi. Biasa dengar tak Buasir? Kenapa buasir selalu dikaitkan dengan masalah wanita selepas bersalin? 

Mereka mengadu buasir yang dihadapi sampai berdarah, dan rasa malu sangat bila berjalan dan agak sukar untuk duduk. Ibu-ibu kena banyak bersabar dan cari langkah penyelesaian kerana masalah buasir tidak boleh dipandang ringan. Sewaktu berpantang ibu-ibu memerlukan rehat yang cukup supaya badan kembali segar bertenaga dan cepat pulih.



Sebelum tu mari kenali apa itu buasir?


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit gatal dan boleh berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh kerana terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala boleh menyebabkan pecah terutamanya sewaktu meneran.


Bagi ibu yang mengalami buasir selepas melahirkan, jangan meneran sewaktu membuang air besar teruatama apabila mengalami sembelit. Ibu-ibu disarankan untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 


Sekiranya cara di atas tidak dapat membantu ibu, saya selalu nasihatkan agar berjumpa Doktor jika masalah buasir semakin teruk. Doktor akan memeriksa tahap keterukan buasir dan akan memberikan ubat yang bersesuaian. Selain daripada itu, saya juga menhesyorkan agar ibu yang akan berpantang / bakal ibu untuk bersiap sedia dengan beberapa suplemen sebelum masalah sembelit melanda sepanjang proses berpantang. Ini kerana, sembelit juga antara punca ibu untuk terkena buasir.


 Salam Ukhwah, Azilah Roslan

No comments:

Post a Comment