Ibu, Jagalah Dirimu Semasa Berpantang

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua sihat-sihat. Buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, apa khabar?
Entry kali ini saya tujukan Khas buat ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan. Disini saya kongsikan beberapa panduan penjagaan untuk ibu-ibu sekalian. Semoga memberi manfaat.

Dalam minggu pertama, ibu perlu mengabaikan tanggung jawab yang lain. Yang perlu diberi perhatian adalah penjagaan diri sendiri dan bayi.


Tip kedua, Tidur ketika bayi tidur. Ini penting agar tubuh ibu kembali segar setelah anda tidak dapat tidur lena pada malam hari kerana perlu menjaga bayi. Jika tidak dapat melelapkan mata, cukuplah sekadar  berbaring sambil menutup mata untuk berehat seketika.

Selain itu, sebaik sahaja luka sembuh ibu dah boleh melakukan senaman ringan dengan berjalan perlahan-lahan. Tempoh empat hingga enam minggu diperlukan sebelum senaman boleh dilakukan seperti biasa bagi ibu yang bersalin normal. manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan enam hingga lapan minggu diperlukan untuk ibu boleh melakukan senaman.

Panduan keempat, ibu-ibu perlu pastikan menu harian sepanjang berpantang mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran hijau yang tidak sejuk dan berangin. Pengambilan sayur-sayuran sangat penting kerana kaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Bertungku digalakkan buat ibu lepas bersalin kerana dapat membantu mengecut peranakan dan memberi kehangatan pada rahim. Selain itu amalan bertungku berfungsi mengeluarkan darah nifas dengan lancar. Amalan bertungku boleh dimulakan selepas lima hingga tujuh hari selepas bersalin. Bagi yang bersalin normal boleh menggunakan tungku besi dan batu. Manakala yang bersalin secara pembedahan hanya boleh menggunakan tungku batu. 

Sebaiknya pada minggu pertama kelahiran, ibu disyorkan berurut untuk mengembalikan tenaga disamping melancarkan aliran darah. Lakukannya selama tiga hari berturut-turut. Pada akhir pantang lakukan perkara yang sama untuk memastikan rahim kembali ke kedudukan asal dan melegakan otot-otot yang tegang.

Pengambilan jamu atau suplemen juga disyorkan untuk ibu kembali cergas dan bertenaga. Hari ini terdapat banyak jamu dan suplemen yang sesuai dan selamat diambil ibu lepas bersalin. Carilah jamu atau suplemen yang tidak memberi kesan kepada bayi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan. 

Salam Ukhwah, Azilah Roslan

Kerana Sembelit, Tandas Penemam Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbt.

Ibu-ibu semua sering sembelit selepas bersalin?

Antara faktor-faktor yang menyebabkan sembelit selepas bersalin ialah:

  • Kurang pengambilan air - sesetengah kepercayaan pengambilan air yang banyak akan menyebabkan perut buncit.
  • Pengambilan jamu dan herba yang bersifat panas.
  • Kurang pengambilan sayuran dan buahan dengan alasan kebanyakkan sayuran dan buahan bersifat sejuk. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana takut luka episiotomi akan terbuka dan sakit di bahagian tersebut. 
  • Otot pada usus juga mengendur kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil.

Sembelit memang menyakitkan dan boleh menyebabkan fobia dikalangan ibu-ibu selepas bersalin. Jom kita baca antara tips yang boleh diamalkan untuk mencegah dan mengatasi sembelit.

Bahaya Sembelit
  • Penyakit saraf - Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.  
  • Jangkitan air kencing - Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  • Pendarahan dan dubur luka - Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak.  Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anda meneran sehingga bahagian luar dubur luka dan berdarah.  Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan. 
Tips mencegah/mengatasi masalah sembelit


  • Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Pengambilan supplemen tambahan juga dapat membantu.
Salam Ukhwah, Azilah Roslan