Ibu, Jagalah Dirimu Semasa Berpantang

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua sihat-sihat. Buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, apa khabar?
Entry kali ini saya tujukan Khas buat ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan. Disini saya kongsikan beberapa panduan penjagaan untuk ibu-ibu sekalian. Semoga memberi manfaat.

Dalam minggu pertama, ibu perlu mengabaikan tanggung jawab yang lain. Yang perlu diberi perhatian adalah penjagaan diri sendiri dan bayi.


Tip kedua, Tidur ketika bayi tidur. Ini penting agar tubuh ibu kembali segar setelah anda tidak dapat tidur lena pada malam hari kerana perlu menjaga bayi. Jika tidak dapat melelapkan mata, cukuplah sekadar  berbaring sambil menutup mata untuk berehat seketika.

Selain itu, sebaik sahaja luka sembuh ibu dah boleh melakukan senaman ringan dengan berjalan perlahan-lahan. Tempoh empat hingga enam minggu diperlukan sebelum senaman boleh dilakukan seperti biasa bagi ibu yang bersalin normal. manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan enam hingga lapan minggu diperlukan untuk ibu boleh melakukan senaman.

Panduan keempat, ibu-ibu perlu pastikan menu harian sepanjang berpantang mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran hijau yang tidak sejuk dan berangin. Pengambilan sayur-sayuran sangat penting kerana kaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Bertungku digalakkan buat ibu lepas bersalin kerana dapat membantu mengecut peranakan dan memberi kehangatan pada rahim. Selain itu amalan bertungku berfungsi mengeluarkan darah nifas dengan lancar. Amalan bertungku boleh dimulakan selepas lima hingga tujuh hari selepas bersalin. Bagi yang bersalin normal boleh menggunakan tungku besi dan batu. Manakala yang bersalin secara pembedahan hanya boleh menggunakan tungku batu. 

Sebaiknya pada minggu pertama kelahiran, ibu disyorkan berurut untuk mengembalikan tenaga disamping melancarkan aliran darah. Lakukannya selama tiga hari berturut-turut. Pada akhir pantang lakukan perkara yang sama untuk memastikan rahim kembali ke kedudukan asal dan melegakan otot-otot yang tegang.

Pengambilan jamu atau suplemen juga disyorkan untuk ibu kembali cergas dan bertenaga. Hari ini terdapat banyak jamu dan suplemen yang sesuai dan selamat diambil ibu lepas bersalin. Carilah jamu atau suplemen yang tidak memberi kesan kepada bayi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan. 

Salam Ukhwah, Azilah Roslan

No comments:

Post a Comment