Indahnya Mengandung

Assalamualaikum wbt.

Kehamilan adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah swt. kepada insan yang mendirikan rumah tangga. Dengan itu jangan lalai dan menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan ketahuilah kehamilan adalah sesuatu yang indah. Daripada saat kehamilan, pelbagai persoalan akan bermain difikiran kita.
"apakah yang harus dimakan, perlukan vitamin tambahan, apakah senaman yang sesuai untuk ibu hamil, adkah bentuk badan akan berubah, apa akan berlaku kepada bayi "dan pelbagai lagi persoalan lain.

Justeru itu, ibu-ibu perlu meluangkan masa untuk mencari ilmu berkaitan kehamilan, kelahiran, penjagaan dalam pantang, penyusuan susu ibu dan kehidupan bayi di tahun pertama. Dengan adanya pengetahuan tambahan, anda pasti dapat menjalani tempoh sembilan bulan kehamilan dengan yakin dan ceria.

Sejujurnya sepanjang hamil akan kita alami seribu satu macam cabaran. Dengan perubahan daripada segenap aspek membuatkan kita cepat merasa tertekan dan keletihan. Perubahan diri dan emosi  boleh berubah-ubah, jadi jangan biarkan diri tenggelam dengan masalah yang dihadapi. Dapatkan nasihat, sokongan daripada keluarga, suami dan Doktor yang merawat.

Selamat menempuh saat-saat indah kehamilan.

No comments:

Post a Comment