Kenapa Bayi Perlu Dipakaikan Barut Selepas Lahir



Untuk ibu2 yang baru nak timang baby, tentu tertanya2 kenapa baby perlu dibarut? Sebenarnya membarut ni dah dipraktik oleh tuk nenek kita sejak zaman berzaman, dan tujuan utama adalah untuk mengelakkan perut anak kita kembung. Kalau kembung, tak tido malam kita dibuatnya. Walaupun ada setengah orang kata, anak dia tak kembung pun walaupun tak pakai barut, mungkin kebetulan anak dia tak kembung kerana setiap baby tidak sama. Bersyukurlah kalau baby jenis payah nak kembung.

Cerita daripada beberapa orang customer kami sebab mereka memakaikan barut kepada bayi mereka;

  • customer saya yang order barut utk baby nya yg berusia 6 bulan sbb katanya babynya jenis mudah kembung kalau tak dibarut. 
  • Ada sorang lagi customer order barut utk anak lelakinya yg berumur 1 1/2 tahun, katanya utk kesihatan anak lelakinya di masa depan. 
  • Ada seorang lagi ibu yang order barut bercerita kepada saya bahawa anak sulungnya perempuan dan tidak dipakaikan barut, kesannya perut anaknya naik tinggi dan tak cantik untuk seorang perempuan (saya tak pasti naik macam mana yang dimaksudkannya-mungkin naik ke dada kut). Jadi anak keduanya akan dibarut sebaik mungkin untuk elakkan perkara yang sama berulang. Masing-masing ada alasan tersendiri.

Oleh itu, lebih baik mencegah daripada merawat. Pencegahan awal lebih baik kan, daripada kita menanggung kesannya....dah la dalam pantang, anak pulak asyik nangis sepanjang malam...memang memberi kesan kepada emosi kita...Saya juga pernah surf tentang baby binder ni...sbnrnya org barat juga membarut perut baby utk 2/3 minggu utk elakkan wind katanya( di Australia -zaman awal 40an baby diorg juga dibarut perut). Jadi, apa yang diragukan.

No comments:

Post a Comment